Tanggal 28 April 2008 adalah tarikh bermulanya sesi semester pendek UIA.
Tidak semua yang akan melaluinya, hanya sebahagian yang ingin mengisi masa lapang mereka dengan belajar.
Ada juga yang ingin bekerja, mencari wang saku, atau pun menolong ibu ayah di kampung halaman dengan perniagaan dan sebagainya.
Kita lihat bahawa manusia itu, setiap satunya berlainan.
Setiap manusia punya tujuan masing-masing untuk dicapai atau dilaksanakan dalam hidup ini.
Tidak dinafikan.
Tujuan adalah penggerak bagi manusia untuk terus hidup.
Tanpa tujuan manusia tidak ada perkara untuk dilakukan.
Maka, hidup itu sendiri adalah tujuan.
Bagaimana?
Nah, kita sedar bahawa manusia akan terus menduduki bumi ini sampai suatu masa.
Dan manusia yang duduk di atas muka bumi ini akan sentiasa berubah, bertambah maju, bertambah sofistikated, lebih berperadaban, juga bertambah skeptik. Secara amnya, perubahan berlaku dan tiada siapa yang dapat menghentikannya kecuali kematian.
Maka, apakah tujuan yang ingin dicapai oleh manusia?
Jika semuanya berubah, tujuan juga berubah.
Apa yang dapat dilihat adalah proses ini berterusan sampai bila-bila.
Manusia tidak dapat melihat, atas segala perubahan ini, apa yang ingin dicapai.
Apabila manusia dapat menggapai tujuannya, kemudian apa?
Manusia akan mula pula berfikir akan sesuatu yang mana ada pada semua manusia, yang mana manusia perlukan agar mereka merasa tenteram, agar manusia tidak sentiasa hidup 'bertujuan' dengan tujuan masing-masing tanpa henti.
Islam adalah tujuan sebenar manusia.
Bukankah begitu?
Adakah kita begitu?