Wednesday, October 22, 2008

demam peperiksaan kembali tiba

assalamualaikum kepada teman-teman yang dikasihi..

sepertimana biasa blog ini umpama sarang labah-labah yang sarat dengan binatang mati.
tetapi sudah tiba masanya ( mungkin kali ini buat masa ini) untuk membersihkannya.

semua sedia maklum musim peperiksaan sudah pun tiba. dan semua orang kelihatan begitu sibuk menguruskan hal masing-masing, dengan mengulangkaji pelajaran, membuat nota-nota ringkas buat dihafal dan juga melakukan banyak latihan. ini semua adalah persediaan kita untuk menghadapinya. dan adalah lumrah setiap perkara yang ingin dihadapi itu amat perlu kepada persediaan. peperiksaan, kelas biasa, kuiz, asainment, dan sebagainya.

tanpa melakukan persediaan, kita membuka pintu untuk berlakunya kesilapan dalam kehidupan kita. bila asianment tidak disiapkan, bila kuiz tiada ulangkaji sebelum mendudukinya, dan dengan kelas apabila tidak menghadirkan diri. ini semua merupakan langkah-langkah berjaya bagi seorang manusia untuk gagal.

Wednesday, July 2, 2008

a broken family

someone will always find ways, when he is enlightened, to improve himself and to become a better person. and he will do the same thing for his family, his friends, and the people around, and also the whole world, when he is enlightened.
he see's that the world is not in its best condition. he will find ways to solve the problems the world is facing, his family is facing, his society is facing, he is facing.
he realised that to find a solution to all the problems of the world is not a one man job like a superman. that it must be done not individually but collectively, he thus seeks companions. for a big job it is not an individual job. it demands all the people there is available. just like building the skyscrapers of the world, you will not find one guy directing it and building it at the same time. it needs people and it needs a team and it needs one mindset.
then, this someone again realised that in devicing ways to solve problems, he needs people to help him to work together, to advice each other so that one does not slip off the track. and he must have something as a guide in achieving this very big goal.

Saturday, April 26, 2008

bermulanya semester pendek 07/08

Tanggal 28 April 2008 adalah tarikh bermulanya sesi semester pendek UIA.
Tidak semua yang akan melaluinya, hanya sebahagian yang ingin mengisi masa lapang mereka dengan belajar.
Ada juga yang ingin bekerja, mencari wang saku, atau pun menolong ibu ayah di kampung halaman dengan perniagaan dan sebagainya.

Kita lihat bahawa manusia itu, setiap satunya berlainan.

Setiap manusia punya tujuan masing-masing untuk dicapai atau dilaksanakan dalam hidup ini.

Tidak dinafikan.

Tujuan adalah penggerak bagi manusia untuk terus hidup.
Tanpa tujuan manusia tidak ada perkara untuk dilakukan.
Maka, hidup itu sendiri adalah tujuan.

Bagaimana?

Nah, kita sedar bahawa manusia akan terus menduduki bumi ini sampai suatu masa.
Dan manusia yang duduk di atas muka bumi ini akan sentiasa berubah, bertambah maju, bertambah sofistikated, lebih berperadaban, juga bertambah skeptik. Secara amnya, perubahan berlaku dan tiada siapa yang dapat menghentikannya kecuali kematian.

Maka, apakah tujuan yang ingin dicapai oleh manusia?

Jika semuanya berubah, tujuan juga berubah.
Apa yang dapat dilihat adalah proses ini berterusan sampai bila-bila.
Manusia tidak dapat melihat, atas segala perubahan ini, apa yang ingin dicapai.

Apabila manusia dapat menggapai tujuannya, kemudian apa?

Manusia akan mula pula berfikir akan sesuatu yang mana ada pada semua manusia, yang mana manusia perlukan agar mereka merasa tenteram, agar manusia tidak sentiasa hidup 'bertujuan' dengan tujuan masing-masing tanpa henti.

Islam adalah tujuan sebenar manusia.

Bukankah begitu?

Adakah kita begitu?